Apa itu Kahoot?
Kahoot adalah
satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang
terdapat dalam aplikasi ini sebenarnya di buat oleh guru sendiri dengan
beberapa pilihan jawapan.
Banyak
kelebihan yang terdapat dalam aplikasi ini, antaranya adalah guru boleh
memasukkan video, gambar dan juga rajah ke dalam soalan. Dengan ini ia
sekaligus dapat menarik perhatian murid dan penglibatan murid secara menyeluruh
dapat ditingkatkan.
Ianya sesuai di
adakan di dalam kelas, makmal komputer ataupun di mana sahaja pemain berada di
dunia ini! Semua pemain atau pelajar boleh menjawab soalan menggunakan peranti
kepunyaan masing-masing dan soalan akan dipaparkan di skrin utama. Pelajar
hanya perlu menekan jawapan yang menjadi pilihan di peranti masing-masing.
Tujuan soalan di paparkan di skrin utama adalah untuk memastikan pelajar
bersatu dan melibatkan diri semasa PdP.
Cara bermain
sangat mudah, iaitu pelajar perlu membuka web Kahoot, lalu masukkan ‘Game Pin’
yang ditayangkan oleh guru di skrin utama, dan memasukkan nama sendiri,
pastikan pelajar tidak menggunakan nama yang guru tidak kenali, supaya mudah
untuk guru menilai pelajar samada lemah ataupun cemerlang.
Setiap soalan
akan diletakkan tempoh masa untuk menjawab, berdasarkan tahap kesukaran soalan
yang diberikan, lebih sukar soalan maka lagi lama masa yang akan diperuntukkan.
Dengan tempoh masa yang terhad, pelajar akan berlumba-lumba untuk menjawab
soalan dengan cepat dan tepat. Pelajar akan bersaing dengan rakan-rakan mereka
untuk melihat siapa yang jawab dahulu. Oleh itu, pelajar akan lebih bersemangat
untuk membaca topik yang akan di soal di dalam Kahoot.
Kahoot terdapat
di dalamnya sistem ranking. Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar
satu ranking, 5 pelajar dengan markah paling besar akan di kira sebagai Top 5. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling
tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah
semestinya, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab jawapan dengan paling
betul, dan paling cepat.
Antara kelebihan Kahoot ialah guru boleh membuat soalan ataupun
memilih soalan yang sedia ada di dalam Kahoot. Ia juga memberi kebebasan untuk
guru menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan, lama tempoh menunggu jawapan
murid, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi aturan.
Soalan boleh simpan
dalam akaun masing-masing. Ini juga satu kelebihan untuk para guru. Sebab tidak
perlu nak bawak pendrive. Kalau terlupa, boleh terus dapatkan daripada
akaun masing-masing. Susunkan dalam bentuk format yang tertentu mengikut bab /
subtopik supaya mudah bila nak guna dengan pelajar nanti. Tambahan pula, ianya multipurpose.
Boleh digunakan semasa pdp, set induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang
soalan peperiksaan dan lain-lain lagi mengikut kreativiti cikgu.
BAGAIMANA CARA
UNTUK APLIKASINYA DI DALAM KELAS
- Guru perlu ke https://getkahoot.com/ untuk membina akaun. Di akaun tersebut akan tersimpan segala set-set soalan yang telah dibina.
- Seterusnya, mula lah membina set soalan anda masing-masing. Gunakan kreativiti semasa membina soalan. Boleh masukkan teks / gambar / video. Soalan KBAT juga boleh disoal jika guru bijak menggunakan kreativiti masing-masing.
- Pada sesi PnP, mohon pelajar log in Kahoot! di https://kahoot.it/#/. Boleh guna komputer, boleh guna laptop, boleh juga guna telefon pintar (download apps khusus - percuma). Paparan untuk murid lebih ringkas.
- Minta pelajar tunggu untuk masukkan Game PIN bagi kuiz yang dimainkan. Game PIN tu akan berubah-ubah setiap kali kita bermain di dalamnya.
- Sebaik saja bermula, guru memulakan kuiz, Game PIN akan dikeluarkan di skrin. Maka pelajar perlu berlumba-lumba memasukkan Game PIN tu melalui komputer masing-masing.
- Kemudian, pelajar perlu masukkan nama mereka bagi tujuan identifikasi. Bilangan dan nama pelajar yang sudah menyertai kuiz, akan terpapar di skrin.
- Tunggu sehingga selesai semua pelajar log in dalam kuiz, maka guru boleh mulakan sesi. Sebaiknya maklumkan pelajar beberapa syarat kuiz. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan dan lain-lain yang berkenaan.
- Para pelajar akan menjawab di komputer masing-masing dengan hanya memilih pilihan jawapan yang betul. Semua pelajar memasukkan jawapan masing-masing.
- Selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan keluar. Setiap pelajar akan mendapat keputusan samada BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.
- Manakala di skrin depan pula, terpapar senarai Top 5 pelajar dengan markah tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada pelajar dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan.
- Selesai soalan terakhir, markah penuh dengan nama pelajar yang markah tertinggi akan dipaparkan. Perkara ini pasti menggembirakan pelajar yang mendapat markah tertinggi dan akan menjadi cabaran kepada rakan-rakannya yang lain.
Secara
kesimpulannya, pengajaran seperti ini akan menarik minat untuk belajar dan
mengelakkan pelajar bosan di dalam kelas, kerana pembelajaran menggunakan
teknologi adalah lebih dekat dengan pelajar masa kini berbanding kaedah
tradisional yang biasa dilakukan di dalam kelas. Semoga semua sekolah pada masa
kini memperbanyakkan fasiliti kemudahan teknologi di institut masing-masing. Di
samping menggembirakan pelajar, kita juga sebagai guru-guru dapat menjadi
sebahagian dari arus kemodenan teknologi terkini. Jom Kahoot!
REFLEKSI PELAJAR
REFLEKSI PELAJAR
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik ustaz..blh dipraktikkan aplikasi ini di dalam kelas P&P saya akan datang!
DeleteSangat menarik untuk di praktikkan di dalam sesi pembelajaran. terbaik ustaz. . . .
ReplyDeleteWowww.. gempaknya aktiviti.. sesuatu yang sangat menarik untuk dicuba!
ReplyDeleteterbaik ustaz. boleh digunakan di dalam kelas nanti. terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteWell done ustaz!
ReplyDelete