APA ITU GOOGLE CLASSROOM?

Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.

Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah. Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Aplikasi mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan Android, biarkan pengguna mengambil gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen.

Google Classroom boleh diakses menerusi pelayar web dan juga aplikasi pintar pada Chrome OS, iOS dan Android. Tawaran pada semua jenis platform utama ini memudahkan akses serta membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya. Tak kiralah anda pengguna PC, komputer LINUX, laptop Windows, MacBook, iPad, Chromebook, atau telefon pintar yang menjalankan Android, iPhone dan sebagainya, Google Classroom sedia diakses.

Harus kita tahu, Google Classroom hanyalah platform penghubung dalam talian yang membolehkan guru menyiarkan pengumuman, berkongsi bahan pembelajaran, memberi tugasan serta mengred tugasan. Untuk mahir Google Classroom secara keseluruhan, guru juga perlu juga mahir mengendalikan aplikasi-aplikasi lain dalam ekosistemnya. Antaranya penggunaan storan awan Google Drive serta aplikasi produktiviti awanan lain seperti Google Forms, Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google Calendar, Google Jamboard, Google Sites dan pelbagai lagi. Menariknya, kebanyakkan aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan secara luar talian menggunakan app pada Android, iOS dan Chrome OS.



BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKANNYA DENGAN PELAJAR?

  1. Mula-mula buka laman sesawang dan kunjungi https://classroom.google.com untuk melihat halaman Google Classroom, pastikan kita telah log in GMail di peranti yang digunakan supaya lebih mudah untuk log in.  Setelah itu, akan muncul halaman utama Google Classroom, terutama jika belum login GMail. Tekan tombol SIGN IN di bagian tengah halaman tersebut maka akan muncul halaman login GMail, boleh terus log in akaun GMail yang ingin digunakan.  
  2. Sekiranya belum pernah membuat akaun Google Classroom, akan ada pertanyaan apakah akaun tersebut ingin dikaitkan dengan Google Classroom, klik tombol ‘sambungan’ untuk menyetujui dan meneruskannya.
  3. Seterusnya, anda telah berjaya memiliki akaun Google Classroom. Selanjutnya, anda boleh terus memulakan kelas alam maya anda. 


KELEBIHAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM

Pelajar akan menghantar tugasan secara online, kita sebagai pendidik pula boleh melaksanakan penilaian tugasan pelajar yang dikumpulkan oleh sistem secara teratur dan bersistem. Mudah untuk kita mengesan siapa yang telah hantar atau belum. Markah juga kita berikan secara online dan pelajar boleh semak markah yang telah diberikan.

Seperti mana dalam gambar diatas. Guru boleh melihat secara maya siapa pelajar yang telah hantar tugasan dan siapa yang belum hantar. Di sini juga kelihatan ruangan untuk guru memberi markah kepada pelajar. Kita sebagai pendidik juga boleh mencipta soalan secara langsung dari Google Classroom ini sama ada soalan esei, atau soalan berbentuk pilihan jawapan A, B, C, D.

Namun terdapat beberapa kekangan untuk sesetengah kursus yang mungkin tidak boleh buat soalan yang lebih kompleks seperti kursus Akaun, Kewangan dan Matematik yang perlu masukkan kira-kira, graf, jadual dan sebagainya.



Pendidik boleh buka apa-apa topik dan pelajar boleh berdiskusi di dalamnya. Selepas itu pelajar boleh komen dan saling berbincang di situ. Ia juga sangat menjimatkan. Kerana kita akan kurang menggunakan kertas dan Marker Pen. Walaupun kita dalam kelas fizikal sekarang, semua nota atau latihan kita boleh minta pelajar kita menjawab secara atas talian. Malah proses tersebut menjadikan proses belajar dan mengajar menjadi murah dan cepat serta interaktif.

Selain daripada kita masuk ke Google Classroom ini menggunakan komputer/laptop melalui laman sesawang, ia juga boleh digunakan hanya di telefon pintar. Boleh muat turun aplikasi ini di telefon pintar melalui Playstore bagi sistem Android dan Appstore bagi sistem IOS.

Jadi secara keseluruhannya, Google Classroom boleh dianggap satu inovasi di dalam sistem pengajaran pada hari dan ia merupakan penanda aras bahawa dunia pendidikan telah memasuki evolusi kemajuan teknologi dunia. Sistem ini amat berguna kepada para guru dan pelajar dalam memastikan kecemerlangan yang ingin dikecapi terlaksana. Sebagai guru, haruslah kita menggunakan kelebihan ini dengan sebaiknya dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk kecemerlangan pelajar-pelajar kita.


REFLEKSI PELAJAR.





Comments

Post a Comment