KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, teknologi juga boleh diguna pakai di dalam bidang pendidikan, kerana ia boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dan berkesan di dalam kelas. 

Contohnya :
Menggunakan alat seperti Google Classroom, Quizizz dan Kahoot, lalu mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.



Selain itu, guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya.


Sebagai seorang guru yang mengajar di era milennium ini, para guru hendaklah menguasai teknologi semasa yang seiring dengan perkembangan dunia. Teknologi yang ada sekarang sangat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih menarik dan menyeronokkan, bahkan dengan kemajuan teknologi ini juga turut memudahkan para guru untuk mengajar di dalam kelas. Guru akan lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Contohnya seperti Project Based Learning (PBL) Aktiviti yang melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan wujud, internet dan bahan media yang lain.


Akhir sekali, ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunakan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai. Jadi apa pendapat anda?

Lontarkan pandangan anda di ruangan komen ;)

Comments