APA ITU QUIZIZZ?


Quizizz merupakan sebuah aplikasi untuk membuat kuiz secara interaktif yang digunakan di dalam kelas sebagai satu platform untuk menjalankan penilaian formatif. Penggunaannya sangat mudah, kuiz interaktif yang kita buat terdapat sehingga 4 pilihan jawapan termasuk jawapan yang benar. Kita juga dapat menambahkan gambar sebagai latar belakang pertanyaan dan menyesuaikan aturan pertanyaan sesuai dengan keinginan kita. Bila kuiz sudah siap, kita dapat memberikan kepada para pelajar dengan menggunakan Game Pin 5 angka yang tertera.

Quizizz juga memberikan data dan statistik tentang jawapan pelajar. Guru dapat melihat berapa banyak pelajar yang menjawab soalan yang dibuat, pertanyaan yang perlu dijawab dan banyak lagi. Selain itu, guru juga boleh muat turun statistik itu di dalam bentuk spreadsheet Excel. Ciri-ciri seperti "Kerja Rumah" juga merupakan ciri tambahan yang menarik yang terdapat di dalam Quizizz. Dengan adanya fungsi tambahan seperti itu, membolehkan guru menetapkan kuiz sebagai kerja rumah, dan menetapkan waktu melakukan kerja rumah tersebut sehingga 2 minggu. Dengan Quizizz, para pelajar boleh bermain bila-bila masa dan di mana sahaja.

Soalan-soalan yang terdapat di dalam Quizizz merupakan soalan yang dibuat dan digubal oleh para guru dari seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis bentuk soalan yang menakjubkan di dalam Quizizz. Kita juga boleh membuat soalan sendiri dan meletakkannya di dalam akaun Quizizz kita. Dan ianya percuma! Sekiranya kita tetapkan soalan yang kita buat itu sebagai ‘UMUM’, maka orang boleh turut menggunakan soalan tersebut sebagai kuiz di dalam kelas mereka.


BAGAIMANAKAH CARA PELAKSANAANYA?

  • Masuk ke laman sesawang www.quizizz.com dan sign up.
  • Gunakan akaun Google yang anda miliki untuk sign up.
  •  Pilih peranan anda samada sebagai guru, pelajar ataupun ibubapa.
  •  Lengkapkan data anda seperti nama, negara asal dan sebagainya.
  • Isikan info kuiz anda dan lengkapkan modul-modul seperti pertanyaan, pilihan jawapan dan jawapan yang sebenar.
  • ‘Question Preview’ akan menampilkan soalan yang anda buat. Tambahkan pertanyaan baru dan tekan ‘finished’ bila sudah selesai.
  • Tahap akhir, pilih gred atau tingkatan dan mata pelajaran. Klik selesai dan cipta kuiz.
  • Tampilkan soalan anda secara langsung atau pratonton.
  •  Tetapkan kuiz anda, lalu tekan ‘teruskan’.

  1.    Arahkan pelajar anda untuk membuka ‘Join.Quizizz.com’, dan berikan Pin Permainan   kepadapelajar anda. Selain itu, anda boleh membahagikan kepada pelajar melalui Google   Classroom. 
  2.  Sebaik saja bermula, guru memulakan kuiz, Game PIN akan dikeluarkan di skrin. Maka   pelajar perlu berlumba-lumba memasukkan Game PIN tu melalui komputer masing-masing.
  3.   Kemudian, pelajar perlu masukkan nama mereka bagi tujuan pengenalan. Bilangan dan nama   pelajar yang sudah menyertai kuiz, akan terpapar di skrin.
  4.  Tunggu sehingga selesai semua pelajar log in dalam kuiz, maka guru boleh mulakan sesi.   Sebaiknya maklumkan pelajar beberapa syarat kuiz. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan  untuk setiap soalan dan lain-lain yang berkenaan.
  5.  Para pelajar akan menjawab di komputer masing-masing dengan hanya memilih pilihan           jawapan yang betul. Semua pelajar akan memasukkan jawapan masing-masing.
  6.  Selesai masa menjawab yang diberikan, akan terpapar senarai Top 5 pelajar dengan markah   tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada pelajar dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan. 
  7.  Selesai soalan terakhir, markah penuh dengan nama pelajar yang markah tertinggi akan dipaparkan. Perkara ini pasti menggembirakan pelajar yang mendapat markah tertinggi dan akan menjadi cabaran kepada rakan-rakannya yang lain.


Secara keseluruhannya, pengajaran seperti ini juga akan menarik minat pelajar untuk belajar dan mengelakkan pelajar bosan di dalam kelas, kerana pembelajaran menggunakan teknologi adalah lebih dekat dengan pelajar pada masa kini berbanding kaedah tradisional yang biasa dilakukan di dalam kelas. Teknologi yang digunakan seperti Google Clasroom, Quizziz dan Kahoot adalah satu kaedah inisiatif pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru. Semoga penulisan saya ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. Sesiapa ada cadangan aplikasi yang boleh boleh digunakan dalam sesi PnP boleh memberikan komen di bawah, terima kasih!



REFLEKSI PELAJAR.




Comments

Post a Comment