APA ITU GOOGLE CLASSROOM?
Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang
dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk
mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa
kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses
perkongsian fail antara guru dan pelajar.
Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk
penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk
penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar
boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara
automatik diimport dari domain sekolah. Setiap kelas membuat folder berasingan
dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja
untuk dinilai oleh guru. Aplikasi mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan
Android, biarkan pengguna mengambil gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi
fail dari aplikasi lain, dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh
memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali
kerja, bersama-sama dengan komen.
Google Classroom boleh diakses menerusi pelayar web
dan juga aplikasi pintar pada Chrome OS, iOS dan Android. Tawaran pada semua
jenis platform utama ini memudahkan akses serta membolehkan sesiapa sahaja
menggunakannya. Tak kiralah anda pengguna PC, komputer LINUX, laptop Windows,
MacBook, iPad, Chromebook, atau telefon pintar yang menjalankan Android, iPhone
dan sebagainya, Google Classroom sedia diakses.
Harus kita tahu, Google Classroom hanyalah platform
penghubung dalam talian yang membolehkan guru menyiarkan pengumuman, berkongsi
bahan pembelajaran, memberi tugasan serta mengred tugasan. Untuk mahir Google
Classroom secara keseluruhan, guru juga perlu juga mahir mengendalikan aplikasi-aplikasi
lain dalam ekosistemnya. Antaranya penggunaan storan awan Google Drive serta
aplikasi produktiviti awanan lain seperti Google Forms, Google Docs, Google
Sheets, Google Slides, Google Calendar, Google Jamboard, Google Sites dan
pelbagai lagi. Menariknya, kebanyakkan aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan
secara luar talian menggunakan app pada Android, iOS dan Chrome OS.
BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKANNYA DENGAN PELAJAR?
- Mula-mula buka laman sesawang dan kunjungi https://classroom.google.com untuk melihat halaman Google Classroom, pastikan kita telah log in GMail di peranti yang digunakan supaya lebih mudah untuk log in. Setelah itu, akan muncul halaman utama Google Classroom, terutama jika belum login GMail. Tekan tombol SIGN IN di bagian tengah halaman tersebut maka akan muncul halaman login GMail, boleh terus log in akaun GMail yang ingin digunakan.
- Sekiranya belum pernah membuat akaun Google Classroom, akan ada pertanyaan apakah akaun tersebut ingin dikaitkan dengan Google Classroom, klik tombol ‘sambungan’ untuk menyetujui dan meneruskannya.
- Seterusnya, anda telah berjaya memiliki akaun Google Classroom. Selanjutnya, anda boleh terus memulakan kelas alam maya anda.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM
Pelajar akan menghantar tugasan secara online,
kita sebagai pendidik pula boleh melaksanakan penilaian tugasan pelajar yang
dikumpulkan oleh sistem secara teratur dan bersistem. Mudah untuk kita mengesan
siapa yang telah hantar atau belum. Markah juga kita berikan secara online dan
pelajar boleh semak markah yang telah diberikan.
Seperti mana dalam gambar diatas. Guru boleh melihat
secara maya siapa pelajar yang telah hantar tugasan dan siapa yang belum
hantar. Di sini juga kelihatan ruangan untuk guru memberi markah kepada
pelajar. Kita sebagai pendidik juga boleh mencipta soalan secara langsung dari
Google Classroom ini sama ada soalan esei, atau soalan berbentuk pilihan
jawapan A, B, C, D.
Namun terdapat beberapa kekangan untuk sesetengah
kursus yang mungkin tidak boleh buat soalan yang lebih kompleks seperti kursus
Akaun, Kewangan dan Matematik yang perlu masukkan kira-kira, graf, jadual dan
sebagainya.
Pendidik boleh buka apa-apa topik dan pelajar boleh berdiskusi
di dalamnya. Selepas itu pelajar boleh komen dan saling berbincang di situ. Ia
juga sangat menjimatkan. Kerana kita akan kurang menggunakan kertas dan Marker
Pen. Walaupun kita dalam kelas fizikal sekarang, semua nota atau latihan kita
boleh minta pelajar kita menjawab secara atas talian. Malah proses tersebut
menjadikan proses belajar dan mengajar menjadi murah dan cepat serta
interaktif.
Selain daripada kita masuk ke Google Classroom ini
menggunakan komputer/laptop melalui laman sesawang, ia juga boleh digunakan
hanya di telefon pintar. Boleh muat turun aplikasi ini di telefon pintar
melalui Playstore bagi sistem Android dan Appstore bagi sistem IOS.
Jadi secara keseluruhannya, Google Classroom boleh
dianggap satu inovasi di dalam sistem pengajaran pada hari dan ia merupakan
penanda aras bahawa dunia pendidikan telah memasuki evolusi kemajuan teknologi
dunia. Sistem ini amat berguna kepada para guru dan pelajar dalam memastikan
kecemerlangan yang ingin dikecapi terlaksana. Sebagai guru, haruslah kita
menggunakan kelebihan ini dengan sebaiknya dan sentiasa melakukan yang terbaik
untuk kecemerlangan pelajar-pelajar kita.
REFLEKSI PELAJAR.
REFLEKSI PELAJAR.
Perkongsian yang menarik
ReplyDeletebanyak infomasi dan perkara baharu yang saya pelajar. memang terbaik
ReplyDeleteWaaaa... informasi yang hebat untuk pembelajaran abad ke -21..!
ReplyDeletewow video dan perkongsian yang menarik
ReplyDeleteTerbaik ustaz. Suatu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat!
ReplyDelete